selama 16 tahun aku hidup aku masih tak jumpa lagi kawan yang betul2 anggap aku kawan . tapi sekarang makin jelas aku nampak most of kawan2 aku , kawan dengan aku tak ikhlas . time nak mintak tolong bukan main baik lagi mengayat aku . bila kadang2 aku cakap aku tak boleh tolong , mula lah cakap aku ni tak guna lah ,, tak boleh nak tolong kawan lansung lah . bila aku terbuat salah , nak tengking2 aku lah . benda kecik pun nak terpekik pekik kat telinga aku . even aku terasa pun aku still lagi tersenyum . bila orang kutuk kawan2 aku , aku backup . tapi bila orang kutuk aku , ada kawan2 aku nak backup aku ? dorang lagi kutuk2 ada lah . mungkin dorang tak pernah kisah . bila aku tegur takda jawapan , tapi bila orang lain yang tegur balas . ingat aku tak nampak semua tu ? maybe aku diam , tapi diam2 aku tak bermakna aku tak tahu apa2 . aku cuma malas nak besar-besarkan hal . aku pendam je , tapi sebenarnya dalam hati aku ni dah bernanah-nanah dah . nak tahu kenapa aku still kawan dengan dorang walaupun aku selalu sakit hati ? sebab aku takut keseorangan . biarlah aku kena bahan ke apa ke , asalkan aku tak dipinggirkan . aku masih boleh tahan kalau setakat kena kutuk kena perli , asalkan aku masih ada kawan . bila sedih baru datang kat aku , baru nak mengadu dengan aku . aku ni pun baik sangat dengar jelah dengan penuh keprihatinan . kenapa tak layan aku dengan adil . aku pun manusia jugak . aku rasa aku dah cukup baik dah layan dorang selama aku kenal dorang . dorang mencarut depan aku pun aku still boleh gelak2 lagi . dorang ni tak malu ke gelar diri dorang tuh kawan aku ? aku hutang seposen pun berkira ,, yang kau hutang aku beringgit-ringgit tuh tak reti pulak kau nak kira . mungkin dorang pandang rendah pada aku sebab aku tak pernah marah kalau dorang cari pasal , aku tak pernah melawan bila dorang suruh buat something , aku tak pernah kata TIDAK atas setiap yang dorang nak .
dorang fikir aku remeh , sedap2 dorang nak pijak2 aku . aku diam tak bermakna aku membenarkan apa je yang dorang buat ,, tapi aku diam sebab aku sayang sangat dengan dorang . takpa aku maafkan korang sahabat . tapi jangan melampau sangat sampai kasih sayang aku suatu hari nanti boleh hilang sekelip mata .
No comments:
Post a Comment